Fazliana bingung.Di pejabat dan di rumah Encik Qaisyah tidak menegurnya.Encik Qaisyah hanya berbual dengan anak-anak dan emaknya.Entah apa salahnya tidak mengikut kata Encik Qaisyah sedangkan dia sudah tahu mengapa.Fazliana merindui usikan dan pujukan Encik Qaisyah.Sudah seminggu tidak bertegur cukup membuatkan hati Fazliana tidak keruan.
Fazliana melangkah masuk ke dalam bilik peraduan,entah mengapa hatinya meronta inginkan penjelasan.
"Assalamualaikum..maaf saya nak letak baju kerja Encik Qaisyah."Fazliana melangkah tanpa memandang Encik Qaisyah yang sedang membaca sebuah buku.
Aku menjawab di dalam hati dan berpura-pura tidak memperdulikan Fazliana.Sedangkan hatiku meronta-ronta mahu memandangnya.Aku mahu tahu sejauh mana egonya.Emak mentuaku mengatakan Fazliana seorang yang mudah berlembut hati dan mudah terusik.Rajuknya takkan dapat bertahan lama dan senang mengalah.
Hati Fazliana tidak tertahan.Air matanya berlinangan tanpa sedu.Pakaian Encik Qaisyah sudah di gantung tetapi pintu almari masih terbuka.Hati Fazliana terusik dengan kelakuan Encik Qaisyah yang tidak mengendahkannya.
Aku perasan Fazliana yang kaku di depan almari.Menangis agaknya,kasihan ingin ...rasa mahu memeluknya.
Fazliana tidak tahan.Dia perlu bertanya mengapa Encik Qaisyah tidak menegurnya sedangkan perjanjian sudah dilakukan maka tiada rajuk lagi sepatutnya.Fazliana melangkah pantas menghampiri dan melihat Encik Qaisyah tidak menghiraukan dirinya yang berdiri di situ.Encik Qaisyah tetap dengan bacaan.
"Encik Qaisyah benci saya?Mengapa?Sebab permintaan saya terlalu berat?"Fazliana menahan sebak.
Aku memandang Fazliana.Hatiku tersentuh dengan air matanya.
"Saya tak ada apa yang nak di jelaskan."
"Tapi kenapa Encik tak layan saya seperti biasa.Hati saya sakit bila encik tak hiraukan saya..."air matanya terus merembes laju.
Sakit hati?Dalam hati aku tersenyum.Fazliana..kalau rindu ucapkanlah..Ada kemajuan ini.
"Apa yang dimaksud tidak melayan awak seperti biasa.Jelaskan supaya saya memahaminya."Aku cuba berlagak serius.
Fazliana cuba menahan air mata namun tetap membasahi pipi.
"Saya..saya suka bila Encik usik dan memberi perhatian kepada saya.Saya rindu semua tu.Bila Encik Qaisyah tak ambil peduli hati saya sakit sangat.Kalau saya salah saya minta maaf."air mata jatuh membasahi pipi.
"Awak nak tahu kenapa...sebab awak buat saya berdosa."
"A..."
"Saya cuma nak meringankan beban sebab tu saya bagi duit setiap bulan.Saya nak awak gunakan duit tu sebaiknya.Saya tahu awak taknak tumpang saya pegi kerja.Saya nak awak ambil lesen dan belikan kereta supaya ringan dosa saya.Awak tanggungjawab saya..Tapi awak menolak"
"Sa..saya malu.Saya taknak terbiasa dan akhirnya saya di tinggalkan.Sakit hati ini masih lagi berbaki."
"Jodoh dan pertemuan di tangan Allah.Masa depan adalah milik kita.Awak bagi saya peluang untuk membahagiakan awak."
Fazliana terdiam dan tetap melayan hatinya yang masih terluka.Sedunya tetap sama.Bukan Fazliana tidak mahu tetapi tidak mahu terbiasa dengan pertolongan itu.
"Maafkan saya...saya tahu saya bersalah.Saya cuba tak akan berdegil lagi."
Biar benar kata-katanya.Memang Fazliana seorang yang mudah berlembut hati.Aku menghampiri Fazliana dan terus menarik dirinya dalam pelukan tanpa menolak Fazliana angkur.Sedunya semakin pantas di dalam pelukan Encik Qaisyah.
"Sayang maafkan abang ye.."
Fazliana hanya menganggok.Matanya terpejam.Matanya berat.Pelukkan lebih erat.
"I love you"
Ucapanku tidak berbalas hanya senyuman terukir.Walaupun tidak dibalas sekurangnya senyuman pun sudah cukup memberi jawapan.
"Sayang kenapa?"
"Penat...sebab menangis"
"Sayang..mudah sangat menangis.Menangis tidak akan menyelesaikan masalah."Aku mengesat air matanya yang berbaki.
"Tapi saya rasa sedih..tak tahan."
Aku tersenyum.
"Jum kite rehat."
Aku menariknya ke katil.Fazliana menurut.Sedunya masih berbaki.Kasihan aku memandang wajahnya sembab.
Aku menarik Fazliana di dalam pelukan.Kepalanya berlabuh di dada bidangku sambil aku menepuk-nepuk bahunya untuk meredakan sedu Fazliana yang masih berbaki.
"Kita dah berbaik ke?"Soalan Fazliana mengejutkan ku.Aku tergelak kecil.
"Mestilah sudah."
Fazliana tersenyum sendiri.Fazliana mengeratkan lagi pelukan.Aku sedikit terkejut dengan tindak balas Fazliana.
Saat itu dapat ku rasakan kebahagian.Tubuh kurus itu kemas di dalam pelukan.
Fazliana melepaskan nafas yang berkecamuk.Damai dan rasa selamat di dalam pelukan itu.Andai tuhan mengurniakan jodoh ini akan aku terima..Ya Allah tunjukkanlah jalan...