Isnin, 23 Julai 2018

BAB 6

Fakrul meneliti surat tawaran yang diterimanya.Surat tawaran di gengam kemas.Hatinya berbelah bagi.Bagaimana mahu memberitahu kepada ibunya tentang surat tawaran khas yang baru di terimanya.Mampukah ibu untuk menghantarnya ke luar negeri.
"Along.."panggilan Aisyah di muka pintu biliknya mengejutkan.Biasalah hari Sabtu cuti semua akan balik ke kampung.
"Apa yang along pegang tu?"Aisyah pantas menyambar surat tawaran dari gengaman Fakrul.
"Angah...ni"Fakrul mengelengkan kepala.
"Surat tawaran ke London dalam bidang Sains Perubatan.Along....tahniah!"
Aisyah meloncat kegembiraan tetapi Fakrul seakan bimbang sesuatu.Tiada senyuman pun di bibirnya.
"Kenapa ngan along ni?Tak gembira ke?"
Aisyah memandang Fakrul yang baru berusia 16 tahun yang baru menduduki peperiksaan SPM.Result pun belum keluar lagi.Tapi itulah Fakrul tu memang bijak lebih dari rakan sebanya.
"Along tak nak menyusahkan ibu.Jauh atau dekat pun sama tetap menuntut ilmu."
Aisyah terdiam lalu melabuhkan punggung di birai katil.
"Kita tak ada ayah.Ayah pula langsung tak hiraukan kita.Kita ni tak penting ke..ayah memang tak sayang kan kita..baik kita tak payah lahir kat dunia ni.Tak perlu kita tanggung semua tu."
Setitis air mata jatuh ke pipi Aisyah turut tersentuh dengan ungkapan Fakrul.Hati anak mana yang tidak terasa.
Langkah kakiku terhenti di depan bilik Fakrul.Aku terdengar ungkapan itu.Aku mengeluh pendek.Kasihan mereka menjadi mangsa keadaan.
Fazliana di sisi turut merasa hiba.Langkahnya turut terhenti lalu memandang Suaminya.Fazliana cuma merasa bersalah.
Aku memberi isyarat supaya masuk ke dalam bilik Fakrul.
"Assalamualaikum..."Aku memberi salam.
"Waalaikumsalam"Serentak suara menjawab.Fakrul dan Aisyah pantas memandang.Cepat-cepat Aisyah mengesat air mata.
"Maaflah papa dan ibu mengganggu.Papa baru balik so bila papa lalu tadi terdengar sesuatu.Boleh tunjukkan surat tawaran tu."
Dengan hati yang berat Fakrul menghulur.
Aku menyambut lalu memberinya kepada Fazliana.
"Along dan angah..dengar betul-betul.Allah menentukan jodoh pertemuan,ajal dan maut,dosa pahala serta rezeki.Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada untuk hari ini.Bila kita dewasa kita kan faham banyak perkara.Setiap manusia akan membuat silap.Berkatnya hidup kita kerana orang tua kita.Syurga itu di telapak kaki mereka"
"Fakrul minta maaf.Fakrul cuma terasa hati sebab ayah tiada ketika Fakrul memerlukan."
"Fakrul..papa dan ibu ada di sini.Kita semua ni satu keluarga.Fakrul,angah dan adik anak papa tau.Cubit paha kanan,paha kiri pun terasa juga."
"Yelah along ni..sekarang kita dah ada papa.Tak perlulah kita memikirkan orang yang tak mementingkan kita.Papa kan ada"
Aisyah melebarkan senyuman lalu memandang ibunya yang turut mengangguk.
"Kalau along setuju dengan tawaran tu atau ada permintaan lain..beritahu saje.Nak belajar kat mana-mana pun boleh."
Fakrul memandang ibunya yang telah membalas dengan anggukan.Encik Qaisyah mampu berbuat begitu.
Fazliana terusik mendengar ungkapan suaminya.Allah saja yang tahu betapa menyenangkan kata-kata itu.
"Terima kasih papa."
"Sama-sama."aku menepuk bahu Fakrul lega rasanya.
"Papa..kalau macam tu..bolehlah angah nak sambung study dekat Korea.."Aisyah mencelah lalu tersengeh.
"Papa on je kalau result angah bagus.Selebihnya setle dengan ibu."aku menoleh ke arah Fazliana.
Fazliana memandang Aisyah yang sudah memuncungkan bibir.Aisyah kalau bab korea memang buah hati.
"Kalau result kelaut jangan harap nak ke korea.Bukan nak belajar tapi nak tengok lelaki korea"Fazliana memandang Aisyah.Fazliana membuat wajah serius.
"Papa....."Aisyah merengek meminta sokongan.
"Papa tak masuk campur angah setle sama ibu.Papa nak mandi dulu."aku melangkah keluar dari bilik Fakrul dengan hati yang lega.
Fazliana tergelak kecil.Aisyah tidak abis-abis dengan korea.Saja mahu mengusik Aisyah.Fazliana menarik nafas lega  apabila anak-anak sudah mula menerima Encik Qaisyah.
"Abang...makanan dah siap."Fazliana menjenguk di muka pintu.Daun pintu yang di tutup rapat di tolak lembut.
Aku memegang baju yang hendak aku sarungkan ke badan namun terhenti apabila suara Fazliana menerjah.
Langkah Fazliana terhenti di muka pintu.Matanya tepat memadang susuk tubuh sasa seorang lelaki yang pandai menjaga bentuk badan.Sebelum ini Fazliana tidak pernah mengamati susuk tubuh sasa milik suaminya.Lengannya berketul dan kulitnya agak cerah.Hati Fazliana berdegup pantas.Alangkah baiknya dada bidang itu dapat disentuh.
"Astarfiruallahalajim..."Fazliana beristifar tersedar dari lamunan.Jauh benar khayal dirinya.Memalukan...
Pantas tersedar Encik Qaisyah sudah ada dihadapan dengan jarak yang amat dekat.Malah hembusan nafas dapat dirasai terkena wajah.
"Maaf.."Fazliana pantas memusingkan badan apabila debaran jantungnya semakin kuat.Malunya apabila Encik Qaisyah tersenyum penuh makna.Gelabah Fazliana dibuatnya.
"Sayang..."pinggang kurus itu dipaut rapat.Fazliana tersentak.
"Sayang tengok apa..tak free pun kena  bayar"aku mengusiknya.
"Sa..sa..maaf abang tak sengaja."Fazliana memejam matanya rapat.Degupan jantung bukan main kuat lagi.Hatinya pun rasa tak keruan.
"Buka mata tu tengok abang..."
Perlahan-lahan mata di buka.Encik Qaisyah tersenyum lalu mencuit hidung Fazliana.
"Abang..ingat janji kita.Abang takkan sentuh kalau sayang tak izinkan."
Janji?Fazliana terasa terharu hampir menitis air mata.Encik Qaisyah masih ingat janji yang hampir 2 tahun itu.
"Abang......."Fazliana merasa bersalah.Tubuh tegap itu di peluk erat.
"Jangan menangis.Abang tak suka kalau sayang sedih dan susah hati.Tak tentu abang dibuatnya."aku mengesat air matanya dengan hujung jari.
"Jom...kata tadi nak makan.Sayang belum makan lagi kan sebab tunggu abang.Hari ni kita makan bersama ,abang suapkan sayang..baru romantik."
"Saya suap abang..la"
Aku memandang membalas senyuman Fazliana.Sama memandang penuh gembira.Aku mencuit hidungnya lalu beiringngan melangkah.
Rumah kampung itu sudah sebati dengan hidup Encik Qaisyah.Ruang dapur yang sempit dan lama kini bertukar wajah baru.Mengupah tukang kayu orang-orang kampung yang membuatnya.Dulu berlantai simen berdinding kayu tapi kini bersimen keseluruhan.
"Anak-anak dah makan?.Mak dan adik mana perginya.?"
"Along dan angah dah makan.Mak dan adik pergi kenduri kampung seberang."sambil
Fazliana menceduk nasi ke dalam pinggan.
"Rapat adik tu ngan mak kan..."
"Dari kecil lagi mak jaga sementara saya pergi keja.Memang rapat benar ngan mak tu.Biarlah ada juga kawan mak tu."
Aku mengangguk lalu menarik kerusi.
"Sayang duduk dekat abang...abang suapkan sayang."
"Malulah..nanti anak-anak tengok.Abang makanlah.."
Aku hanya tersenyum.
"Anak-anak faham tau sayang."
Fazliana hanya menjeling geram.
"Jangan buat mata begitu tergoda abang nanti."Aku mengusik.
"Hish abang ni..."Fazliana menepuk bahu suaminya lembut.
Aku cuma tergelak kecil.Sekarang Fazliana tidak seperti dahulu.Sekarang perubahan kelihatan terhadap penerimaan Fazliana.Sikit-sikit Fazliana sudah mula senang di dekati.
"Nah...sayang kena makan..banyak sikit..kurus sangat abang tengok.Abang malam tak suka makan sangat dah lewat."
Fazliana mengungah perlahan-lahan sambil memerhati suaminya.
"Kalau abang tak lapar tak payahlah makan."
"Tak boleh juga abang kena teman isteri abang makan.Sayang susah payah masak kemudian tunggu abang.Abang kena makan juga air tangan isteri."Aku menyuap makanan.Bukan taknak makan hanya menjaga badan di waktu malam.
Aku menyuap Fazliana lagi.Fazliana memerhati dengan rasa terharu.Keperhatinan Encik Qaisyah perlahan-lahan membuka pintu hatinya.