Rabu, 8 Februari 2017

BAB 5

"Saya tak kisah pun!Saya tak nak awak bagi duit kat anak-anak awak tu!.Anak kita pun perlukan duit dan tanggungjawab awak.Belanja kita pun tak lepas tahu tak!"
"Saya tak pernah bagi duit atau jumpa diorang.Awak jangan nak tuduh saya.Duit saya tu bukan tak cukup awak tu tak pandai berjimat..pegi kelab lah lepak ngan datin-datin awak tu.Awak ingat sikit!"
"Awak tu yang kena ingat!Tanpa saya awak tak akan dapat merasa hidup mewah dan pangkat besar.Sedar ok!!"
Pung!!Satu tamparan hinggap di pipi kanan Shela.Shela tersembam di atas katil.Sakitnya bukan main lagi.
"Awak..dah mula angkat tangan kat saya.Awak memang jahat!"
Azmi lantas mencapai kunci kereta Vios miliknya lalu melangkah laju.
Kereta di pandu laju tanpa arah tuju.Hati Azmi masih geram.Shela memang melampau tidak seperti pertama kali perkahwinan bersama Fazliana.Sejak bercerai entah apa khabar mereka semua.Tidak pernah terlintas di fikiran untuk teringat akan mereka.Shela yang mengungkit akan mereka membuatkan Azmi teringatkan semua itu.
Azmi memberhentikan kereta di saat lampu merah.Keluhan hatinya begitu panjang.Di saat menoleh ke kanan matanya terpaku memandang sebuah kereta Honda hitam di pandu seseorang yang seakan di kenalinya.
Fazliana?Dia nampak lebih angun dan berseri.Betul ke..hish mustahil takkan Fazliana mampu membeli sebuah kereta dan siapa pula lelaki di sebelahnya tu?Tapi kat belakang ada kanak-kanak di kenalinya.Mustahil!!
Hon kereta mengejutkan Azmi sedangkan kereta Honda hitam sudah berlalu pergi.Hati Azmi pantas mahu memastikan.Fazliana nampak lain sekarang ni bertambah cantik.
Cermin tingkap gelap kereta Azmi tidak membuatkan mereka perasan memudahkan lagi untuk Azmi mengekori.
"Best duduk kat sebelah ni..ada pemandu lagi tu."Aku menoleh ke arah Fazliana yang begitu fokos dengan pemanduan.
"Ibu memandu seriusnya..sakit perut kot ibu tu."Aku sekadar mengusik Fazliana membuatkan anak-anak tergelak.
"Abang..saya baru dapat lesen tau..lagi gugup ni,"
"Oke-oke sayang abang minta maaf.Dah tak kacau lagi dah."
"Balik nanti abang pandu.Saya pun nak rehat macam abang."
"Ini kereta sayang dan sayang kena belajar memandu."
"Oh..macam tu."
Aku tergelak lalu menepuk bahu Fazliana.
"Sabar dan tenang,"
"Ibu, kita anta abang terus balik asrama ke?Adik laparlah."
"Oke kita pergi makan kfc nak?"Aku memberi cadangan.
"Nak!..Pastu kita bungkus anta kat Angah juga ye papa."
"Oke sayang..papa."
Aku tersenyum memandang si bungsu.Mata ku beralih ke arah Fakrul yang sedang sibuk dengan telefonnya.
"Along...nak singgah beli apa-apa tak?"Aku menyoal.
"Tak ada apalah lagi.Semua ada."
Fazliana mencuri pandang.Hatinya sudah lebih tenang dengan keadaan anak-anak yang sudah boleh menerima Encik Qaisyah perlahan-lahan.
Fazliana memandang geram.Sudahlah baru mendapat lesen,debaran masih kuat.Takut melihat kereta sekeliling belum habis lagi sudah pula di suruh mencari kfc.
"Sayang berhenti tepi abang sambung memandu.Balik nanti sayang sambung memandu."
Fazliana menarik nafas lega.Sekurangnya boleh cepat sampai ke kfc.
"Terima kasih abang."
"Sama-sama"Aku tersenyum memang mengerti ketakutan Fazliana.
Fakrul tersenyum memerhati kemesraan keduanya.Fakrul tidak lagi runsing akan ibu dan sekarang ibu ada tempat bergantung harap begitu juga dirinya dan adik-adik.Lelaki itu sudah cukup membahagiakan ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan