Selasa, 21 April 2015

PROLOG

Hari-hari aku mencuri pandang seorang wanita yang memakai baju kurung serta bertudung.Hari-hari juga aku mengira berapa helai baju yang dia ada.Dikakinya hanya sandal yang sudah lusuh dan menunggu hari untuk koyak.Wajahnya manis tetapi kurang berhias.Dugaanku mungkin dia bukan golongan orang yang beharta.Memang tepat sebenarnya dia seorang janda anak 3.Suaminya menceraikannya entah apa sebabnya pun aku tak tahu.Sayang sekali wajahnya manis dan ayu tapi diceraikan oleh lelaki yang tak menghargai.Wajahnya tidak menampakkan tua mungkin kahwin muda agaknya.
Dia seorang wanita yang rajin dan pemalu.Jarang ada wanita yang hanya merendahkan diri.Kadang-kadang bila bercakap dengan orang lain dia akan menunduk.
Rasa kasihan itu bertukar menjadi rindu.Hari-hari aku ingin membantu meringankan bebannya.Tidak salah jika rasa itu ku tukar dengan perasaan yang halal.Aku mahu menjaganya hingga akhir nafasku.
Jika sehari tidak melihat wajahnya sudah cukup membuatkan aku tercari-cari.
Hari itu aku meninjau di kaunter pertanyaan kerana aku mahu bertanya sesuatu kepadanya.
"Assalamualaikum.."
"A..a..waalaikumsalam.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"suaranya bergetar-getar.
Aku cuba melihat wajahnya tetapi dia suka sangat menunduk.
"Mari ke pejabat saya."
Dapat aku melihat getaran di badannya.Aku tersenyum.Selepas ini dia bergetar lebih kuat apabila aku mengatakan sesuatu nanti.
Aku melabuhkan punggung sambil meletakkan beg kerja di atas meja.
"Duduk."
Aku memandangnya dengan senyuman.Geli hati melihat gelagatnya yang gelisah.
"Awak tahu apa salah awak?"aku berpura-pura serius.
Dia mengelengkan kepala tanpa memandangku.
"Berapa lama awak bekerja di sini?"Aku menyoalnya kembali.
"Setahun..agaknya.."
"Setahun 1 bulan 2 minggu..selama itu apa yang telah awak buat?"
Dia tetap membisu dan mengelengkan kepala.
"Abis itu semuanya awak geleng mana alasannya."
Aku mahu dia mengangkat wajah dan memandangku.Namun harapan itu sia-sia.
"Saya jaga kaunter dan kemas offis."jujurnya.
"Awak tinggal ngan sapa?"
"Mak..."
"Saya nak datang jumpa mak awak.Saya nak buat aduan kat mak awak."
"Ha?Kalau saya salah Encik boleh berhentikan saya.Jangan libatkan mak saya."
Dia mengangkat wajah.Aku amati wajahnya yang pucat dan matanya yang kuyu.Cantik sebenar dia ini.
"Saya tetap nak datang.."
"Encik saya minta maaf.Kalau kerja saya tak bagus Encik pecatlah saya."jantungnya berdegup setitis air mata menuruni pipi.
Aku menjadi kasihan dan serba salah.Tak sangka pula dia semudah itu menangis.
"Tidak semudah itu.Awak telah membuat kesalahan yang besar dan tidak akan dapat dimaafkan dengan hanya memecat awak."
"Apa yang telah saya buat?"
"Mencuri."
Dia memandangku dengan esakan.Mencuri?Tidak pernah pun dia berbuat begitu.
"Demi Allah saya tak pernah mencuri apa-apa pun kat syarikat ni.Demi Allah."
Aku sudah tersentuh dengan tangisannya..Ah!apa yang aku buat ni?Bengung!
"Awak kena bertanggungjawab.."
"Saya akan bertanggungjawab..jika betul saya melakukannya.Tapi saya tak mencuri."
"Awak tahu apa hukuman orang mencuri mengikut undang-undang."
Air mata yang ditahan terus menerusi pipi.Hatinya tidak keruan dan benar dia tidak mencuri apa-apa pun.
"Saya tetap akan berjumpa dengan keluarga awak."
"Encik tolonglah.."Dia mula melutut memohon maaf entah apa kesalahannya.
"Saya datang..nak meminang awak..Izinkan saya.Kesalahan awak adalah kerana awak mencuri hati saya"
Saat itu tangisan berhenti seakan ada butang yang menghentikan.Wajahnya sudah pucat bertambah pucat.
Adakah ini mimpi atau hadiah dari Allah?Aku hanya pipit..mengapa enggang mahu terbang bersama?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan