Fakrul masih lagi duduk melayan fikiran di kaki tangga.Keputusan ibunya untuk mendirikan rumah tangga mengejutkan namun apa daya dirinya harus menerima seseorang dalam hidup mereka.Fakrul sendiri tidak sampai hati melihat ibunya bermatian mencari rezeki.
"Fakrul kenapa ni?"suara nenek Piah mengejutkan lamunan Fakrul.
"Nek buat apa ni kejutkan Fakrul je"
Nek Piah tersenyum lalu melabuhkan punggung di sisi Fakrul.
"Majlis pun dah selesai.Kalau Fakrul tak setuju,awal-awal lagi nek kata terus terang dengan ibu.Ibu kalau anak-anak tak setuju pasti ibu dengar."
Fakrul memandang neneknya lalu mengeluh.
"Fakrul memang setuju ibu kahwin lagi.Cuma Fakrul harap pilihan ibu tepat.Ibu sudah lama bersendirian sekurangnya boleh meringankan beban ibu.Tapi ibu macam tak mesra je dengan lelaki tu."
"Jangan kata macam tu mungkin ibu malu ngan anak-anak yang dah pandai berfikir.Kalau ibu mesra nanti anak-anaknya pula yang kecil hati."
"Mana ada macam tu.."
"Ibu Fakrul tu pentingkan anak-anak dari orang lain.Ibu tu nampak je lembut tapi hati dia keras."
"Along,nek ibu nak bincang.."
Aisyah yang tiba-tiba muncul di muka pintu mengejutkan.
Nenek dan Fakrul berpandangan.
Di ruang tamu Nur Fazliana dan seseorang lelaki yang masih berbaju melayu kuning sedang menanti.Nur Fazliana hanya melabuhkan di sofa kayu jauh dari suaminya.Perasaan janggal itu masih ada.
Aku memandang wajah Nur Fazliana yang sudah sah menjadi isteriku.Semasa akad nikah tadi aku terpesona dengan wajahnya yang dicalit dengan makeup.Terselah kecantikannya.
"Mak,along,angah dan adik..ibu nak korang terus terang apa yang korang nak ibu lakukan.Ibu tak nak anak-anak ibu rasa tersisih.Walaupun ibu dah berkahwin,apa-apa masalah atau tidak puas hati rujuk terus dengan ibu.Anak-anak ibu tetap di hati ibu."
Aku perasan yang Fakrul asyik memandangku.Bukan Fakrul sorang je ibu mentua dan anak-anak yang lain memandangnya penuh hairan.
Fakrul meneliti susuk tubuh milik lelaki di depannya itu.Ada janggut sejemput di dagunya.Wajahnya putih bersih.Tubuhnya pun sasa.Di lengan nampak otot-otot pejal.Jika dibandingkan dengan ibunya jauh perbezaan.Ibu kurus dan wajah ibu tidak secantik mana pun cuma mata ibu yang kuyu menampakkan raut wajah yang polos.Tapi kalau ibu berhias tentu cantik lagi.Apa yang membuatkan laki ini jatuh cinta dengan ibunya?
"Fakru!!"
Suara keras ibunya mengejutkan pandangan Fakrul.
"A..ada apa bu?"
"Fakrul nak kata apa-apa?"
Fakrul mengelengkan kepala.Namun matanya tepat memandangku.
"Saya harap awak boleh jaga ibu.Jaga hati ibu dan jangan sesekali curang!!Kami benci kalau itu berlaku.Kami memang miskin tapi kami tak minta apa-apa pun cukup awak terima kami ini seadanya.Kalau awak tak dapat terima kami sebagai anak tiri tak guna awak kahwin dengan ibu!"
Luahan hati Aisyah mengejutkan.Sangka Aisyah seorang yang pendiam dan baru tingkatan 2 tapi kata-katanya tajam penuh makna.Panggilan 'awak'yang dibahasakan cukup memberi gambaran ketidaksukaan anak-anaknya.
Nur Fazliana tidak menyangka angah yang dari dulu hanya diam berbicara selantang itu.Sebelum ini Fazliana hanya mendengar pendapat fazrul anak yang sulung.
"Boleh awak berjanji sayang kami sekeluarga?kami tak ada apa lagi jika awak hancurkan harapan ibu.Janji?!"Aisyah sudah mula mengalir air mata.
Aku memandang silih berganti anak-anak Fazliana.Kasihan anak-anak itu saling ingin kebahagian kerana sebelum ini mereka menderita.Luluh hati mereka ditinggalkan oleh seseorang di kala mereka memerlukan.Hingga hari ini mereka menjadi lebih matang dan saling melindungi.
"Saya manusia biasa.Tidak sempurna dan ada kalanya saya juga akan membuat kesilapan.Insyaalah saya akan buat yang terbaik untuk masa depan kamu semua.Izinkan saya hadir dalam keluarga ni dan berilah peluang saya jalankan tanggungjawab saya.Susah atau senang kita hadapi bersama."
"Buat anak-anak,saya tidak akan melafazkan sebarang janji.Saya akan berusaha sebaiknya untuk menjadi ayah untuk kamu semua.Saya hanya minta berilah saya peluang untuk menyanyangi dan menjaga kamu semua"
Aku memandang silih berganti.Pandangan ku mati diwajah ibu mertuaku.Aku menghampiri serta bersila dihadapannya.
"Mak izinkan saya menjaga keluarga.Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik....Saya juga minta panggilah saya'papa'"sempat juga aku mengusik.Aku hadiahkan senyuman sambil menjeling Fazliana.Terkejut fazliana.
"Jagalah anak mak ni baik-baik.Mak ni dah tua tak tahu sampai bila lagi.Kalau anak cucu mak bahagia barulah mak tenang."
"Insyaallah..terima kasih mak."aku mencium kedua belah tangan ibu mertua yang sudah menitis air mata.Dalam hati aku akan tanam sikap usaha untuk membahagiakan keluarga ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan