Aku menyandarkan badan di kepala katil sambil liar memandang sekeliling bilik yang tidak menarik.Meja solek dan almari kayu itu saja yang ada dan kipas duduk berputar ke kiri dan kanan.Bilik yang tiada warna.Siang tadi bukan main panas lagi bilik ini.
Malam ini adalah malam pertama aku di rumah papan dan malam pertama aku dan fazliana.Aku memandang pintu yang masih tertutup rapat.Bila memandang saja pintu bilik hatiku berdebar menanti kehadiran Fazliana.Entah-entah nak megelak dari sebilik denganku.
Aku mengeluh pendek.Selepas majlis akad nikah dan kemudian majlis kesyukuran siang tadi sepatah pun belum lagi terdengar dari mulut Fazliana.Dia suka ke tak?kalau tak suka kenapa terima?
Pintu ditolak.Tersembul wajah Fazliana yang masih berbaju kurung biru dan tudung hitam.Aku dapat mengamati wajah yang ketakutan dan malu.
"Encik Qaisyah saya nak bincang sesuatu."
Fazliana menelan air liur dengan perasaan yang gugup.
"Duduk le sini."aku menepuk tilam untuk mengajaknya duduk di sisi.
"Saya berdiri je"
"Marilah tak selesa tengok sayang berdiri.Sayang.."aku menarik tangannya penuh debaran.Tak ku sangka dia menurut.Sejuk benar tangannya.Dapat aku rasa debarannya.
Fazliana menarik nafas.Lama sudah panggilan sayang di bahasakan.Rasa geli pula.
"Encik saya belum bersedia untuk tu.Saya perlukan masa untuk terima Encik.Saya tak nak Encik sentuh saya."
Fazliana memandang ke lantai dengan rasa penuh debaran dan menanti kata balasan dari Encik Qaisyah.
"Hmm..kalau sayang belum sedia untuk tu saya ok je.Tapi sentuh itu saya tak setuju."
Fazliana memandang.
"Saya kan dah beritahu saya belum sedia.Janganlah paksa.."
Mata kami bertentangan.Matanya cantik dan redup.
"Pegang tangan macam tadi tu je.Tak ada lebih-lebih ."
Fazliana kembali menunduk.Pandangan mata itu menusuk jantungnya.Kacak wajah itu membuatkan jantung Fazliana berdegup kencang.
"Saya faham.Sayang jangan bimbang saya akan menanti sampai Fazliana sudi terima saya seadanya.Saya cuma nak sayang berjanji kongsi keperluan anak-anak,mak dan rumah tangga biar saya jalankan tanggungjawab saya.Izinkan saya jalankan tanggungjawb saya kepada anak-anak dan susah senang kita hadapi bersama".
Fazliana tetap menunduk,air matanya menitis.Ini yang buat aku serba salah melihat perempuan menangis.
"Jangan bimbang saya tak akan paksa awak.Kita kawan?"aku menghulur tangan.
Lambat-lambat tanganku di sambut.
"Nama saya Ku Qaisyah.Awak?"
"Saya Nur Fazliana."
"Sedap nama tu..secantik orangnya.Selamat berkenalan.Terima kasih kerana sudi jadi kawan saya."
Fazliana menganggok lemah.
"Jangan menangis..apa-apa masalah kita bincang.Sakit hati saya tengok sayang menangis macam ni."
"Encik Qaisyah tak marah?"
"Tak..kita kan kawan..saya tahu awak sayang saya.."aku tergelak sempat mencuit pipinya.
"Mana ada?"
"Kalau awak tak sayang tentu awak marah bila saya panggil sayang.."
Fazliana menoleh lalu menjeling.Fazliana mengangkat punggung terus melangkah ke pintu.
"Gatal..."Ringkas saja kata-kata Fazliana dengan sebuah jelingan.
Aku tersenyum.Ada kemajuan walaupun hanya satu jelingan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan