Selasa, 21 April 2015

PROLOG

Hari-hari aku mencuri pandang seorang wanita yang memakai baju kurung serta bertudung.Hari-hari juga aku mengira berapa helai baju yang dia ada.Dikakinya hanya sandal yang sudah lusuh dan menunggu hari untuk koyak.Wajahnya manis tetapi kurang berhias.Dugaanku mungkin dia bukan golongan orang yang beharta.Memang tepat sebenarnya dia seorang janda anak 3.Suaminya menceraikannya entah apa sebabnya pun aku tak tahu.Sayang sekali wajahnya manis dan ayu tapi diceraikan oleh lelaki yang tak menghargai.Wajahnya tidak menampakkan tua mungkin kahwin muda agaknya.
Dia seorang wanita yang rajin dan pemalu.Jarang ada wanita yang hanya merendahkan diri.Kadang-kadang bila bercakap dengan orang lain dia akan menunduk.
Rasa kasihan itu bertukar menjadi rindu.Hari-hari aku ingin membantu meringankan bebannya.Tidak salah jika rasa itu ku tukar dengan perasaan yang halal.Aku mahu menjaganya hingga akhir nafasku.
Jika sehari tidak melihat wajahnya sudah cukup membuatkan aku tercari-cari.
Hari itu aku meninjau di kaunter pertanyaan kerana aku mahu bertanya sesuatu kepadanya.
"Assalamualaikum.."
"A..a..waalaikumsalam.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"suaranya bergetar-getar.
Aku cuba melihat wajahnya tetapi dia suka sangat menunduk.
"Mari ke pejabat saya."
Dapat aku melihat getaran di badannya.Aku tersenyum.Selepas ini dia bergetar lebih kuat apabila aku mengatakan sesuatu nanti.
Aku melabuhkan punggung sambil meletakkan beg kerja di atas meja.
"Duduk."
Aku memandangnya dengan senyuman.Geli hati melihat gelagatnya yang gelisah.
"Awak tahu apa salah awak?"aku berpura-pura serius.
Dia mengelengkan kepala tanpa memandangku.
"Berapa lama awak bekerja di sini?"Aku menyoalnya kembali.
"Setahun..agaknya.."
"Setahun 1 bulan 2 minggu..selama itu apa yang telah awak buat?"
Dia tetap membisu dan mengelengkan kepala.
"Abis itu semuanya awak geleng mana alasannya."
Aku mahu dia mengangkat wajah dan memandangku.Namun harapan itu sia-sia.
"Saya jaga kaunter dan kemas offis."jujurnya.
"Awak tinggal ngan sapa?"
"Mak..."
"Saya nak datang jumpa mak awak.Saya nak buat aduan kat mak awak."
"Ha?Kalau saya salah Encik boleh berhentikan saya.Jangan libatkan mak saya."
Dia mengangkat wajah.Aku amati wajahnya yang pucat dan matanya yang kuyu.Cantik sebenar dia ini.
"Saya tetap nak datang.."
"Encik saya minta maaf.Kalau kerja saya tak bagus Encik pecatlah saya."jantungnya berdegup setitis air mata menuruni pipi.
Aku menjadi kasihan dan serba salah.Tak sangka pula dia semudah itu menangis.
"Tidak semudah itu.Awak telah membuat kesalahan yang besar dan tidak akan dapat dimaafkan dengan hanya memecat awak."
"Apa yang telah saya buat?"
"Mencuri."
Dia memandangku dengan esakan.Mencuri?Tidak pernah pun dia berbuat begitu.
"Demi Allah saya tak pernah mencuri apa-apa pun kat syarikat ni.Demi Allah."
Aku sudah tersentuh dengan tangisannya..Ah!apa yang aku buat ni?Bengung!
"Awak kena bertanggungjawab.."
"Saya akan bertanggungjawab..jika betul saya melakukannya.Tapi saya tak mencuri."
"Awak tahu apa hukuman orang mencuri mengikut undang-undang."
Air mata yang ditahan terus menerusi pipi.Hatinya tidak keruan dan benar dia tidak mencuri apa-apa pun.
"Saya tetap akan berjumpa dengan keluarga awak."
"Encik tolonglah.."Dia mula melutut memohon maaf entah apa kesalahannya.
"Saya datang..nak meminang awak..Izinkan saya.Kesalahan awak adalah kerana awak mencuri hati saya"
Saat itu tangisan berhenti seakan ada butang yang menghentikan.Wajahnya sudah pucat bertambah pucat.
Adakah ini mimpi atau hadiah dari Allah?Aku hanya pipit..mengapa enggang mahu terbang bersama?

BAB 1

Fakrul masih lagi duduk melayan fikiran di kaki tangga.Keputusan ibunya untuk mendirikan rumah tangga mengejutkan namun apa daya dirinya harus menerima seseorang dalam hidup mereka.Fakrul sendiri tidak sampai hati melihat ibunya bermatian mencari rezeki.
"Fakrul kenapa ni?"suara nenek Piah mengejutkan lamunan Fakrul.
"Nek buat apa ni kejutkan Fakrul je"
Nek Piah tersenyum lalu melabuhkan punggung di sisi Fakrul.
"Majlis pun dah selesai.Kalau Fakrul tak setuju,awal-awal lagi nek kata terus terang dengan ibu.Ibu kalau anak-anak tak setuju pasti ibu dengar."
Fakrul memandang neneknya lalu mengeluh.
"Fakrul memang setuju ibu kahwin lagi.Cuma Fakrul harap pilihan ibu tepat.Ibu sudah lama bersendirian sekurangnya boleh meringankan beban ibu.Tapi ibu macam tak mesra je dengan lelaki tu."
"Jangan kata macam tu mungkin ibu malu ngan anak-anak yang dah pandai berfikir.Kalau ibu mesra nanti anak-anaknya pula yang kecil hati."
"Mana ada macam tu.."
"Ibu Fakrul tu pentingkan anak-anak dari orang lain.Ibu tu nampak je lembut tapi hati dia keras."
"Along,nek ibu nak bincang.."
Aisyah yang tiba-tiba muncul di muka pintu mengejutkan.
Nenek dan Fakrul berpandangan.
Di ruang tamu Nur Fazliana dan seseorang lelaki yang masih berbaju melayu kuning sedang menanti.Nur Fazliana hanya melabuhkan di sofa kayu jauh dari suaminya.Perasaan janggal itu masih ada.
Aku memandang wajah Nur Fazliana yang sudah sah menjadi isteriku.Semasa akad nikah tadi aku terpesona dengan wajahnya yang dicalit dengan makeup.Terselah kecantikannya.
"Mak,along,angah dan adik..ibu nak korang terus terang apa yang korang nak ibu lakukan.Ibu tak nak anak-anak ibu rasa tersisih.Walaupun ibu dah berkahwin,apa-apa masalah atau tidak puas hati rujuk terus dengan ibu.Anak-anak ibu tetap di hati ibu."
Aku perasan yang Fakrul asyik memandangku.Bukan Fakrul sorang je ibu mentua dan anak-anak yang lain memandangnya penuh hairan.
Fakrul meneliti susuk tubuh milik lelaki di depannya itu.Ada janggut sejemput di dagunya.Wajahnya putih bersih.Tubuhnya pun sasa.Di lengan nampak otot-otot pejal.Jika dibandingkan dengan ibunya jauh perbezaan.Ibu kurus dan wajah ibu tidak secantik mana pun cuma mata ibu yang kuyu menampakkan raut wajah yang polos.Tapi kalau ibu berhias tentu cantik lagi.Apa yang membuatkan laki ini jatuh cinta dengan ibunya?
"Fakru!!"
Suara keras ibunya mengejutkan pandangan Fakrul.
"A..ada apa bu?"
"Fakrul nak kata apa-apa?"
Fakrul mengelengkan kepala.Namun matanya tepat memandangku.
"Saya harap awak boleh jaga ibu.Jaga hati ibu dan jangan sesekali curang!!Kami benci kalau itu berlaku.Kami memang miskin tapi kami tak minta apa-apa pun cukup awak terima kami ini seadanya.Kalau awak tak dapat terima kami sebagai anak tiri tak guna awak kahwin dengan ibu!"
Luahan hati Aisyah mengejutkan.Sangka Aisyah seorang yang pendiam dan baru tingkatan 2 tapi kata-katanya tajam penuh makna.Panggilan 'awak'yang dibahasakan cukup memberi gambaran ketidaksukaan anak-anaknya.
Nur Fazliana tidak menyangka angah yang dari dulu hanya diam berbicara selantang itu.Sebelum ini Fazliana hanya mendengar pendapat fazrul anak yang sulung.
"Boleh awak berjanji sayang kami sekeluarga?kami tak ada apa lagi jika awak hancurkan harapan ibu.Janji?!"Aisyah sudah mula mengalir air mata.
Aku memandang silih berganti anak-anak Fazliana.Kasihan anak-anak itu saling ingin kebahagian kerana sebelum ini mereka menderita.Luluh hati mereka ditinggalkan oleh seseorang di kala mereka memerlukan.Hingga hari ini mereka menjadi lebih matang dan saling melindungi.
"Saya manusia biasa.Tidak sempurna dan ada kalanya saya juga akan membuat kesilapan.Insyaalah saya akan buat yang terbaik untuk masa depan kamu semua.Izinkan saya hadir dalam keluarga ni dan berilah peluang saya jalankan tanggungjawab saya.Susah atau senang kita hadapi bersama."
"Buat anak-anak,saya tidak akan melafazkan sebarang janji.Saya akan berusaha sebaiknya untuk menjadi ayah untuk kamu semua.Saya hanya minta berilah saya peluang untuk menyanyangi dan menjaga kamu semua"
Aku memandang silih berganti.Pandangan ku mati diwajah ibu mertuaku.Aku menghampiri serta bersila dihadapannya.
"Mak izinkan saya menjaga keluarga.Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik....Saya juga minta panggilah saya'papa'"sempat juga aku mengusik.Aku hadiahkan senyuman sambil menjeling Fazliana.Terkejut fazliana.
"Jagalah anak mak ni baik-baik.Mak ni dah tua tak tahu sampai bila lagi.Kalau anak cucu mak bahagia barulah mak tenang."
"Insyaallah..terima kasih mak."aku mencium kedua belah tangan ibu mertua yang sudah menitis air mata.Dalam hati aku akan tanam sikap usaha untuk membahagiakan keluarga ini.

BAB 2

Aku menyandarkan badan di kepala katil sambil liar memandang sekeliling bilik yang tidak menarik.Meja solek dan almari kayu itu saja yang ada dan kipas duduk berputar ke kiri dan kanan.Bilik yang tiada warna.Siang tadi bukan main panas lagi bilik ini.
Malam ini adalah malam pertama aku di rumah papan dan malam pertama aku dan fazliana.Aku memandang pintu yang masih tertutup rapat.Bila memandang saja pintu bilik hatiku berdebar menanti kehadiran Fazliana.Entah-entah nak megelak dari sebilik denganku.
Aku mengeluh pendek.Selepas majlis akad nikah dan kemudian majlis kesyukuran siang tadi sepatah pun belum lagi terdengar dari mulut Fazliana.Dia suka ke tak?kalau tak suka kenapa terima?
Pintu ditolak.Tersembul wajah Fazliana yang masih berbaju kurung biru dan tudung hitam.Aku dapat mengamati wajah yang ketakutan dan malu.
"Encik Qaisyah saya nak bincang sesuatu."
Fazliana menelan air liur dengan perasaan yang gugup.
"Duduk le sini."aku menepuk tilam untuk mengajaknya duduk di sisi.
"Saya berdiri je"
"Marilah tak selesa tengok sayang berdiri.Sayang.."aku menarik tangannya penuh debaran.Tak ku sangka dia menurut.Sejuk benar tangannya.Dapat aku rasa debarannya.
Fazliana menarik nafas.Lama sudah panggilan sayang di bahasakan.Rasa geli pula.
"Encik saya belum bersedia untuk tu.Saya perlukan masa untuk terima Encik.Saya tak nak Encik sentuh saya."
Fazliana memandang ke lantai dengan rasa penuh debaran dan menanti kata balasan dari Encik Qaisyah.
"Hmm..kalau sayang belum sedia untuk tu saya ok je.Tapi sentuh itu saya tak setuju."
Fazliana memandang.
"Saya kan dah beritahu saya belum sedia.Janganlah paksa.."
Mata kami bertentangan.Matanya cantik dan redup.
"Pegang tangan macam tadi tu je.Tak ada lebih-lebih ."
Fazliana kembali menunduk.Pandangan mata itu menusuk jantungnya.Kacak wajah itu membuatkan jantung Fazliana berdegup kencang.
"Saya faham.Sayang jangan bimbang saya akan menanti sampai Fazliana sudi terima saya seadanya.Saya cuma nak sayang berjanji kongsi keperluan anak-anak,mak dan rumah tangga biar saya jalankan tanggungjawab saya.Izinkan saya jalankan tanggungjawb saya kepada anak-anak dan susah senang kita hadapi bersama".
Fazliana tetap menunduk,air matanya menitis.Ini yang buat aku serba salah melihat perempuan menangis.
"Jangan bimbang saya tak akan paksa awak.Kita kawan?"aku menghulur tangan.
Lambat-lambat tanganku di sambut.
"Nama saya Ku Qaisyah.Awak?"
"Saya Nur Fazliana."
"Sedap nama tu..secantik orangnya.Selamat berkenalan.Terima kasih kerana sudi jadi kawan saya."
Fazliana menganggok lemah.
"Jangan menangis..apa-apa masalah kita bincang.Sakit hati saya tengok sayang menangis macam ni."
"Encik Qaisyah tak marah?"
"Tak..kita kan kawan..saya tahu awak sayang saya.."aku tergelak sempat mencuit pipinya.
"Mana ada?"
"Kalau awak tak sayang tentu awak marah bila saya panggil sayang.."
Fazliana menoleh lalu menjeling.Fazliana mengangkat punggung terus melangkah ke pintu.
"Gatal..."Ringkas saja kata-kata Fazliana dengan sebuah jelingan.
Aku tersenyum.Ada kemajuan walaupun hanya satu jelingan.

BAB 3

Hening pagi terasa hingga ke tulang.Aku melilau sekeliling bilik sambil mencari kelibat Fazliana.Aku ingin mengajaknya sembahyang subuh bersama.Nikmat bersolat bersama dengan seseorang yang kita cintai cukup hikmahnya malah pahala pun berlipat kali ganda.
"Assalamualaikum"
Hampir aku terkejut melihat Fazliana sudah siap bertelengkum.Warna putih awal pagi boleh membuatkan kita berfikiran negatif.
"Kita tunggu Encik Qais kat luar.Kita solat kat ruang tamu.
"Ye."aku hairan awal benar mereka bangun.Terutama Fazliana mana dia tidur?atau tak tido takut aku apa-apakannya.
Anak-anaknya memang sudah biasa bangun solat subuh.Fazliana dalam hal begitu memang tegas.
"Siang nanti kita bawa mak dan anak-anak pergi jalan."
Fazliana memandangku lalu berpura melipat telekomnya.
"Jalan mana?"
"Jalan kat bandar.Boleh belikan anak keperluan dan apa saja yang sayang nak"
Fazliana hanya menganggok.
Tidak puas hati rasanya jika tidak mendengar Fazliana berkata.Aku mendekatinya.Anak-anak dan ibu mentua sudah ke bilik.
"Sayang...jum masuk bilik ada sesuatu saya nak bagi."Fazliana mengangkat wajah.
Aku terus menarik tangannya.Tangannya bergetar.Aku tersenyum sendiri.
Aku mencapai beg beroda warna merah yang ada di tepi katil.Aku meletaknya di atas katil dan terus buka.
"Ini sayang punya..ini untuk mak.Maaflah hadiah ini tak seberapa."
Fazliana menyambut dengan perasaan gelisah.
"Sayang tak suka?"aku menduga.Fazliana hanya memandang baju kurung berwarna biru.Warnanya lembut menarik hati.Fazliana suka tetapi malu untuk berterus terang.
"Suka terima kasih."
Fazliana mengangkat punggung.
"Dapat hadiah terus pergi."
"Saya nak sediakan sarapan dengan mak."
"Kita buat sarapan bersama."aku terus memegang tangannya.Fazliana terkejut dan cuba menarik tangan.
"Lepaskan saya.Saya tak selesa.Nanti mak tengok."
"Mak tahu kita dah kahwin.Kalau begitu teman saya dalam bilik.Saya pun kurang selesa berada dalam bilik ini sorang-sorang."aku menarik tangannya.Badan Fazliana mengeras.Kelompok matanya berair.Tangannya mula merah.
"Saya kan dah janji tak akan apa-apakan awak.Cuma saya nak awak lembutkan hati untuk saya."
Fazliana menahan tangis.Geram hatinya Encik Qaisyah tidak pedulikan katanya tidak bersedia.Apa yang tidak bersedianya bukan Encik Qaisyah ada berbuat apa.
Aku mengusap pipinya dengan lembut.
"Cengeklah awak ni..."
"Mana ada."Ada perasaan riang di hati Fazliana.Terhibur dengan Encik Qaisyah yang pandai mengambil hati.Fazliana tidak mahu terleka dengan perhatian Encik Qaisyah.
"Berilah saya peluang untuk hidup bersama awak.Biar Allah menentukan takdir kita..sayang."
Aku merapatkan badan.Fazliana membisu membiarkan aku mendekatinya.
Fazliana merasakan kehangatan badan Encik Qaisyah yang mendekatinya.Jantung lelaki itu kedengaran pantas.Fazliana terleka dengan kehangatan pelukan Encik Qaisyah.
Aku dapat merasakan Fazliana turut mencintaiku namun gagal dalam perkahwinan membataskan niat hatinya.Takut andai kecewa lagi.
"I love you very much.Berilah saya peluang untuk mencintai awak."Aku menarik wajahnya untuk memandangku.Mata kami bersatu tanpa sebarang ungkapan.Redupan matanya mengukap seribu kemahuan.
"Clupp"satu ciuman singgah di bibirnya.Serentak itu satu cubitan hinggap di perutku."Adoi"tidakmenyakitkan sekadar cubitan manja.
Wajah fazliana merona merah."Encik Qaisyah ambil kesempatan."
"Sudah tu sayang pandang..mana tahan.Tergoda dibuatnya."
"Mana ada saya goda..."Fazliana mengetap bibirnya.
"Lagi..."aku memuncungkan bibir mahu mengusiknya.Pantas wajah merona merah.Aku memang suka memandang wajah malu itu.
Pantas itu badanku di tolak kasar.Fazliana berlari anak meninggalkan Encik Qaisyah yang hanya menahan ketawa.
Fazliana merasa geram bercampur bahagia.Antara keinginan dan kerisauan.